Wednesday 18 March 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Minggu Ke-5

1. Buku Media Sosial


Bahagian A

Buka akaun Twitter. Rujuk Bab 2 untuk membuka akaun twitter. Jika anda sudah ada akaun twitter, boleh teruskan.
  1. Buat aktiviti 1. Tulis penceritaan dalam bentuk peta minda. Ambil gambar dan masukkan dalam blog.
  2. Buat aktiviti satu dalam twitter masing-masing.
  3. Kesemua bahagian A dalam 1 post dan tulis rujukan buku. 

Bahagian B
  1. Salin semula dua tulisan (bahagian pengenalan bab 2) oleh Normaliza Abd Rahim, 2014 dan Noraian Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017 ke dalam blog. Huraikan tentang kedua-dua rujukan tersebut dalam 200 patah perkataan.
  2. Garis kata kunci yang terdapat dalam dua rujukan tersebut dengan menggunakan pen merah. Ambil gambar dan letakkan dalam blog.
  3. Kesemua dalam bahagian B dalam 1 post dan tulis rujukan buku.

2. Buku Multimedia Dalam Bahasa


Bahagian A
  1. Buat nota ringkas tentang pelbagai jenis shot yang terdapat dalam buku multimedia. Nota ringkas haruslah berbentuk peta minda yang kreatif.
  2. Ambil gambar peta minda anda bersama buku multimedia dalam masukkan ke dalam blog.
  3. Tulis rujukan buku.
Bahagian B
  1. Huraikan kepentingan rule of thirds dalam 200 patah perkataan.
  2. Tulis nama anda di halaman tersebut, ambil gambar dan letakkan dalam post yang sama.
  3. Tulis rujukan buku. 


3. Buku Kajian Wacana


Bahagian A
  1. Salin semula rangka Strategi Kesopanan oleh Brown & Levinson (1987) dalam word dokumen. Copy paste and masukkan ke dalam blog. Pastikan anda menulis nama and nombor matrik sebelum copy paste.
  2. Tulis rujukan buku.  
Bahagian B
  1. Tulis ringkasan cerita sosial 2 dalam 200 patah perkataan.
  2. Tulis nama ibu anda di sebelah tajuk cerita sosial 2 dalam buku wacana. Tulis juga kata-kata sayang kepada ibu anda.
  3. Ambil gambar dan post dalam blog.
  4. Tulis rujukan buku.